Thursday, October 9, 2014

Friday, September 20, 2013

it's our days..

18.09.2009 ~ 18.09.2013.. its our 4 years in relationship.. hope we will be last together forever.. love u ♥

Monday, July 1, 2013

swimming bagai

selamat tengahari semua.. last week tetibe en.bf ajak teman berenang.. hah? tak paham tetibe skang nie asek sibok sgt nk g mandi2 tu.. bile ditanye hobi baru katenye...haha.. macam-macam hal la awk nie.. bil perangai tak di jangka tu keluar boleh buat saya tersenyom sorang2..hihi

Punyelah beriya nak mandi.. tapi duduk tepi je.. rupenya tak reti berenang.. OH! B... macam mane awk nk selamatkan saya nanti bila saya lemas? hahaa... berusaha sungguh tengok die cuba nak tahan nafas dalam air.. kawan die siap tolong ajarkan lagi..hiihi

xpe awak.. nanti kite pergi lagi ea.. so korang boleh la tunjuk skill berenang korang tu. ala tak jaoh mane pn.. kat Kompleks Mutiara Johor Land Dato' Onn. RM 6.00 je skali masok. mandi la sampai bape lame yang korang nak.. tak nak mandi boleh duduk kt stage yang di sediakan. No big deal lah!

Tuesday, June 25, 2013

melaram's la sangat!!!

Assalamualaikum..

Morning uollss... tetibe ter BROWSER blog sendiri.. nak cerita skit la nie tapi lebih kepada promot yang benonye.. last two weeks kot, my cousin nak bukak online business la katenye.. so die suroh i jadi model baju-baju die.. OMGucci.. cukop kurus plus tinggi ke aku nie?? hahaha ko hingat aku mcm aien si tinggi lampai plus gojes itu kah?? so after dipakse so i decide boleh i jd modelnye but please kepala mesti croppppsss ok.. yeaayyy!!! al last we did it.. berjaya hokey.. terasa seperti model.. jom cuci mata + jengok2      la INSTAGRAM = MELARAMS CLOSET & FB Melaram's Closet..










haaaa.. gitu kan jemah.. sure makan hati korang..hahaha

Tuesday, March 27, 2012

Assalamualaikum…



Selamat pagi blogger2 sekalian.. ada sihat arini? Tetiba nk update blog arini.. mood kawen on..hihi.. bukan saya tetapi kawan baek + partner beniaga  + kawan gaduh..  nuraien nor.. die nk kawen dah..huhu tinggal kite sowg2 nie ha.. sedeynye tp aku hepy ntok ko yunk…
kalender kt ofis aku tau...

30.03.2012 nie die akan diijabkabulkan di majid pasir gudang + die suroh aku pki wane pink ok.. ikut tema katenye.. xpe aku cr demi ko aien.. baju akak aku banyak..hihi.. aku dh apply cuti awal bulan tau nk tgk ko nikah.. pesanan aku jangan nk gagap sgt.. yg penting jangan gelojoh cm nenen.. igt tak.. “tok kadi::awak setuju saya nikahkan awak dengan die”..  “nenen:: SETUJU”.. “tok kadi:: (geleng kepala) Ye.. saye setuju”hihi.. igt tau yunk..hihi

31.03.2012.. majlis sanding die pulak buat kat pasir gudang.. xsbo nk tgk ko tersipu-sipu malu doh.. mesti comey nye ngan zairi yg cover macho tak hingat tu..hahaha..

Last:: aku doakan ko bahagia hingga akhor hayat.. tolak ansur tu penting ea yunk.. aku sentiasa ade untuk dengar segala masalah ko.. kite kawan sampai mati ok (adoi touching pulak dh).. syg ko ketat-ketat doh.. benci la rse cmnie..huhu.. mesti pasni da xley lepak sgt.. frenz forever syg…muaxxxx!!!



Full stop!!!

Thursday, November 3, 2011

::9 sebab hubungan tak bertahan::

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama ...dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Wednesday, November 2, 2011

:: JODOH!! USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!